Hey Guest.  Log in now(127)
Our Policies
Shipping Policy
  1. Bermula Desember 2017, pengeposan akan dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis shj melainkan terdapat kes-kes tertentu seperti cuti umum, ketiadaan stok dan sebagainya.
  2. Waktu terakhir utk penerimaan pesanan (order) ialah 12pm hari Ahad/Selasa/Khamis.
  3. Order selepas waktu yg dinyatakan di atas akan diposkan pd hari pengeposan berikutnya. Contohnya order beserta pembayaran yg dihantar pd 2pm Ahad, pengeposan item adalah pd hari Selasa.
  4. Item akan dibungkus sebaik mungkin dan kemas. Kertas/kotak terpakai mungkin digunakan utk tujuan ini.
  5. Nombor rujukan poslaju (tracking no) akan diemailkan pada selewat2nya pagi keesokannya.
Return Policy

Kami menerima pemulangan item dalam situasi berikut:

  1. Kesilapan di pihak kami. Contohnya pelanggan pesan 1 kotak Ekstrak Kacip Fatimah, tapi yang dihantar adalah Ekstrak Tongkat Ali. Kami akan menanggung kos penghantaran semula kpd kami dan kos penghantaran item sebenar kpd pelanggan.
  2. Item tamat tempoh. Kami tanggung kedua2 kos pos.
  3. Bungkusan item rosak, cthnya kotak kemek/koyak hingga sukar dijual semula. Syarat ini hanya terpakai kepada pengedar/reseller kami sahaja. Pengedar perlu menanggung kos pengha taran semula kpd kami, manakala kos penghantaran stok yg baru ditanggung oleh kami
Privacy Policy

=================================================================================

KENYATAAN RASMI NEEDS VENUE ENT BERKENAAN ISU KOTAK EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF)

Tarikh 14 April 2016

Kenyataan ini adalah hasil pertemuan pihak Needs Venue Ent dengan pihak IBD UTM pada 12 April 2016

=================================================================================

 

Latar Belakang Needs Venue Ent

Needs Venue Enterprise (JM0645533-K) merupakan syarikat berdaftar sebagai wholesaler/pemborong produk suplemen kesihatan. Produk utama yang kami edarkan adalah hasil produk herba dan minyak kelapa dara dari Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Sila rujuk http://needsvenue.com.my/About.aspx untuk maklumat lebih lanjut berkenaan syarikat kami.

 

Latar Belakang Pengeluar/Pengilang 

Sejak 2012, satu-satunya kilang yang diberi kontrak oleh pihak IBD (Institute of Bioproduct Development) UTM untuk mengeluarkan produk Ekstrak Kacip Fatimah adalah syarikat Toko Tenaga Keluarga Sdn Bhd yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor.

Namun pada pertengahan tahun 2015, telah berlaku kebakaran dan kerosakan di kilang asal. Menyebabkan syarikat ini berpindah ke kilang yang baru di Batu Pahat. Pengurusan yang sama namun dengan nama syarikat yang baru iaitu Farmina Bioplus Industries & Consultant Sdn Bhd.

Apabila bertukar kilang, semua proses pengesahan perlu dilakukan semula walaupun ia dimiliki oleh wakil yang sama yang menguruskan sebelum ini.

Terkini kami mendapat tahu proses audit oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah di peringkat akhir dan dijangka selesai tahun ini juga.
 

 

Isu-isu yang telah timbul:

  • Tiada logo halal
  • Tiada label water soluble
  • Tempoh luput, 2 atau 3 tahun?

 

 

Photo Credit to Pn Nik Aniza
 

Perhatikan pada kotak kiri yang dihasilkan pada Mei 2015 (Mfg. date: Mei 2015). Ini adalah batch pertama dikeluarkan oleh kilang baru ini.

Ketika ini kotak lama yg masih ada logo Halal dan Water Soluble digunakan. Manakala kotak kanan adalah batch kedua (Mfg. Date: Oct 2015), logo Halal dan Water Soluble dikeluarkan bagi mematuhi arahan BPFK.

 

 

Isu 1: Ketiadaan logo halal

Proses audit kilang baru biasanya memang mengambil masa yang panjang.

Selagi proses ini belum selesai, urusan untuk permohonan halal Jakim untuk kilang baru ini tidak boleh dibuat.

Namun ini tidak bermakna produk dari kilang ini tidak halal kerana sebelum ini untuk kilang di Kota Tinggi, ia memang telah diberikan sijil halal kerana tiada kandungan meragukan. Formulasi yang sama juga digunakan untuk penghasilan EKF di kilang Batu Pahat.

 

Isu 2: Ketiadaan simbol ‘Water Soluble’

Ketika peringkat awal audit, pihak pengilang telah menerima teguran dari pihak BFPK untuk tidak lagi menggunakan label ini dari kotak produk.

Berdasarkan labeling regulation oleh BPFK/ KKM, label Water soluble tidak dibenarkan diletak pada bungkusan produk.

 

Isu 3: Tempoh Luput 3 tahun vs 2 tahun

Tempoh luput 2 tahun adalah peraturan biasa utk memastikan pengeluaran yang berterusan dari kilang. Berlaku kesilapan pada pengeluaran yang pertama (1st batch) maka untuk pengeluaran kedua mereka telah betulkan.

Secara asasnya, produk ini masih selamat untuk diambil selagi masih kekal warna asalnya. Jauhkan dari kepanasan melampau untuk menjaga kualitinya.

 

Penutup

Diharap penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan tentang status originaliti produk Ekstrak Kacip Fatimah keluaran IBD UTM yang diedarkan oleh Needs Venue Enterprise dan para pengedar di bawah pengurusan kami.

 

Senarai pengedar boleh dirujuk di www.drzubaidi.com atau https://www.facebook.com/notes/ekstrak-kacip-fatimah/senarai-pengedar-ekstrak-kacip-fatimah-keluaran-utm/459506494129520

 

 

Sebarang komen dan cadangan boleh dimajukan kepada nurhanira.hamzah@gmail.com. Terima kasih.

 

- Needs Venue Enterprise